Ramai merungut jualan slow time COVID ni, tapi tidak untuk seorang customer kami ini. Walaupun web baru 2 bulan dilancar, ia dengan selamber jue buat jualan melebihi RM100k untuk tempoh 2 bulan ni. Tanpa perlu buat FB ads atau Google Ads ya. Ini cerita pemilik Lahoya.com.my
Nak tahu apa mereka buat? Jom baca cara mereka buat sales
#1 – Laman web yang professional
Pihak Lahoya menghubungi kami memberitahu yang mereka nak buat satu website untuk bisnes baju mereka. Sebelum ini mereka hanya menjual di kedai dan secara manual saja. Jadi kami pun bina laman web dan siapkan, anda boleh lihat laman web mereka di https://lahoya.com.my/
Jadi, penting untuk anda membina laman web yang profesional supaya pelanggan yakin bisnes yang anda buat. Ingat, jual online ni penting untuk anda yakinkan pelawat website, sebab pelanggan tak nampak muka anda, tapi website, jadi laburkan sikit duit untuk upah pakar bina laman web yang menarik
#2 – Gambar produk berkualiti tinggi
Web lahoya ni dia tak kedekut untuk buat photoshoot baju2 keluaran mereka, so kualiti gambar memang terbaik. Bila baju2 ni dimasukkan dalam website, gambar tak pecah bila di zoom, customer pun puas hati dan yakin untuk beli
#3 – Offer giler kentang
Lahoya ni dia selalu buat offer2 yang menarik. Sekarang ni mereka buat offer free shipping untuk pembelian 2 item. Sebelum ni mereka buat jualan clearance stok. Manusia suka dengan tawaran2 macam ni ye tak?
#4 – Lantik agen dropship
Ok, ini point sebenarnya. Lahoya mendapat jualan yang tinggi adalah disebabkan agen2 dropship mereka sangat aktif buat jualan. Sekarang ini yang berdaftar sebagai dropship di laman web mereka melebihi 400 orang!. Ada seorang agen ini jualan dia saja hampir 20k. Jadi, nak buat jualan yang tinggi, nak tak nak anda kena cari agen untuk bisnes anda. Bisnes anda takkan berkembang kalau anda buat sorang2!

JualanĀ salah seorang agen lahoya
Ok, itu cara mereka buat sales, sekarang ni untuk kami pula yang membina laman web mereka, kami setupkan beberapa fungsi menarik untuk melancarkan jualan mereka, antaranya
1 – Instock Notifier
Fungsi ini membolehkan customer yang berminat dengan produk tersebut tapi sudah habis (out of stock) boleh masukkan emel dan nama mereka, so bila update dalam web produk sudah ada, automatik customer tadi akan dapat emel beritahu produk sudah ada dan boleh beli terus

Form ini akan automatik terpapar pada mana2 item yang sudah out of stock
2. Abandoned Carts
Fungsi ini pula akan bertindak mengingatkan pelanggan yang dah add to cart baju tapi tak buat tempahan dan bayaran. Sistem akan follow up customer ini secara automatik minta mereka buat bayaran segera

Contoh emel yang dihantar kepada pelanggan

Report berapa emel yang dihantar, jualan yang terhasil daripada followup emel dan lain2
3. Live Sales Notification
Fungsi ini akan memaparkan order2 terbaru yang dibeli oleh pelanggan. Ini akan menunjukkan yang baju mereka laku keras dan sekaligus membuatkan pelanggan yakin dengan kualiti barang yang mendapat sambutan

4. Sistem agen dropship
Kami setupkan sistem yang membolehkan agen membeli dengan harga khas selepas mereka daftar sebagai dropship. Harga dropship lain, harga bukan dropship lain. Admin juga boleh melihat agen mana yang membuat jualan terbanyak, jadi admin boleh berikan ganjaran ke, bonus ke kepada mana2 dropship yang berjaya buat sales tertinggi

Setup harga dropship

Report agen
Ini antara yang dapat kami kongsikan. Bolehlah anda apply sekali
ANDA BELUM ADA WEBSITE? KLIK BUTANG DI BAWAH INI. SEKARANG TENGAH OFFER LANGGAN SETAHUN, FREE SETAHUN

Jualan keseluruhan untuk 2 bulan

Jualan untuk bulan Oktober 2020
ANDA BELUM ADA WEBSITE? KLIK BUTANG DI BAWAH INI


