5 Tips untuk menghasilkan gambar-gambar produk dengan bajet yang terhad

Apabila membeli-belah dalam talian, fotografi produk memainkan peranan yang amat penting untuk membuat jualan produk anda. Malangnya, kebanyakan penjual dalam talian tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Kebanyakan lebih suka menghabiskan masa dan wang mereka memasarkan produk mereka, daripada mengambil gambar yang menarik.

 

Walaupun pemasaran adalah sumber jualan, imej produk yang baik adalah juga sama penting. Malah, mengambil gambar produk yang menarik adalah sangat penting apabila menjual secara online kerana pembeli bergantung 100% ke atas apa yang mereka lihat untuk membuat keputusan sama ada mereka suka item anda atau tidak, kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk menyentuh dan cuba item itu sendiri .

 

Berikut adalah beberapa tips untuk mengambil gambar produk cantik tanpa kos

 

1. Menggunakan telefon kamera

 

Tidak mampu beli kamera DSLR? Jangan bimbang, apa yang anda perlukan adalah apa yang anda ada di dalam poket anda – smartphone anda! Ya, sebaik-baiknya 8MP dan ke atas (seperti iPhone) akan menghasilkan gambar yang cukup menarik

 

2. Gunakan latar belakang berwarna putih

 

Seeloknya pastikan gambar latarbelakang produk berwarna putih, ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada gambar produk anda. Gunakan dinding, latar belakang putih untuk hasil yang terbaik kerana ia memberi tumpuan pada produk. Anda boleh buat sendiri latar belakang kosong putih menggunakan kain berwarna putih atau kertas.

 

3. Cahaya matahari

 

Cahaya semula jadi (cahaya matahari) adalah yang terbaik (dan ia adalah percuma)! Letakkan produk berhampiran tingkap atau di mana dengan pencahayaan yang baik. Masa yang paling sesuai untuk menangkap gambar adalah pada siang hari, sebelum matahari terbenam. Elakkan cahaya matahari langsung atau kilat juga, kerana ia boleh membuat terlalu banyak cahaya, yang boleh menyebabkan bayang-bayang.

 

4. Ambil Sudut Produk Yang Pelbagai

 

Ambil gambar dari bahagian atas, depan, tepi, belakang, bawah dan bahagian penting yang lain.

 

5. Photo Editing

 

Editing adalah penting untuk meningkatkan kesan imej asal. Terdapat pelbagai alat percuma untuk penyuntingan foto boleh didapati dalam talian. Antaranya adalah PicMonkey, Splashup, iPiccy dan Pixlr.

 

Tonton video di bawah ini sebagai rujukan

 

 

Jika anda belum mempunyai laman web shopping cart sendiri, sila pilih pakej shopping cart di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
PROMOSI RAMADAN RAYA 2024. JIMAT SEHINGGA RM3500!
This is default text for notification bar