Kemaskini Terbaru Sistem Unicart

Berikut adalah kemaskini terbaru sistem Unicart

1) Label Shopee Shipping Pro :

a) Menambah jumlah pesanan dalam bahagian invois

Ingin memeriksa jumlah kuantiti yang dibungkus untuk invois? Kami telah menambahkan jumlah produk yang dipesan di bahagian subtotal invois. Dengan cara ini, anda dengan mudah memeriksa jumlah yang perlu dipenuhi sebelum nak pos tempahan.

2) Promosi Produk Bundle:

a) Menambah tajuk produk bundle di halaman shopping cart

Memberikan maklumat pembayaran yang jelas dapat membantu mengurangkan kes pelanggan tak jadi beli di web. Apabila pelanggan menambahkan produk yang berada di bawah promosi produk bundle, tajuk promosi akan ditunjukkan di bahagian atas bahagian shopping cart dan produk bundle akan di highlight dengan warna biru muda. Dengan cara ini, pelanggan akan mengetahui produk mana yang sedang dalam promosi bundle dan mempunyai keyakinan untuk menyelesaikan proses tempahan dan pembayaran.

3) Halaman Pesanan:

a) Menambah status pesanan kemas kini secara pukal (bulk)

Bosan mengemas kini status pesanan anda secara manual satu persatu? Ini berita baik untuk anda. Anda kini boleh mengemas kini status pesanan anda secara pukal. Dengan cara ini, anda dapat mempercepat pemprosesan pesanan anda.

4) Facebook Live:

a) Ditambah PM dengan komen

Ingin meningkatkan kadar pembelian anda ketika menjual produk anda di Facebook Live? Anda sekarang boleh memilih “PM dengan komen” dalam tetapan Facebook Live anda untuk secara automatik mengirim pautan pembayaran kepada pelanggan dengan segera setelah pelanggan meninggalkan komen dengan kata kunci tertentu

b) Menambah template PM

Kami telah menambahkan 2 jenis template pm dalam tetapan Facebook Live. Anda boleh memilih template pm dengan gambar atau dengan teks yang panjang dan menghantar mesej pm kepada semua pembida produk anda di Facebook Live.

c) Menambah pautan pembayaran melalui WhatsApp Commerce

Kadang-kadang, pelanggan yang membida produk anda di Facebook Live lebih suka menerima pembayaran melalui WhatsApp. Kini, anda boleh memilih untuk menghantar link pembayaran melalui kedai web atau WhatsApp Commerce dalam tetapan Facebook Live anda.

d) Menambah PM untuk semua

Bimbang anda mungkin terlepas menghantar link pembayaran kepada pembida yang telah memberi komen di Facebook Live anda? Dengan ciri baru ini, anda boleh menghantar link pembayaran ke semua pembida untuk memastikan anda tidak kehilangan sales. Yang menariknya adalah, jika anda telah menghantar link pembayaran sebelum ini, sistem tidak akan dihantar lagi kepada pembida yang sama.

5) Penghantaran Baru:

a) my GDEX Prime

Berita baik untuk anda yang menggunakan GDEX Prime dalam memenuhi pesanan kedai web mereka. Anda sekarang boleh mencetak label penghantaran anda dan mengatur penghantaran di Unicart anda tanpa perlu melakukannya melalui laman web GDEX.

Nota: Fungsi ini hanya ada pada pakej Unicart Business Gold sahaja.

6) Marketplace Sync Terbaru

a) WOWshop Sync

Adakah anda mencari lebih banyak saluran untuk menjual produk anda? Anda sekarang boleh menjual produk anda di WowShop. Setelah anda mendaftarkan akaun penjual di WowShop dan setup Unicart, anda boleh sync produk anda dari Unicart ke WowShop untuk mula menjual.
Nota: Fungsi ini hanya ada untuk pakej Unicart Business Gold sahaja.
7) Pilihan Pembayaran Baru:

a) Bayaran QR DuitNow

Mempunyai lebih banyak pilihan pembayaran untuk dipilih oleh pelanggan anda pasti akan memberi kemudahan kepada pelanggan anda. Pelanggan anda kini boleh membayar dengan menggunakan DuitNow QR Pay ketika membeli produk dari kedai web anda.

 

DAPATKAN SEKARANG PAKEJ UNICART UNTUK BISNES ANDA!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top